EKONOMI

MIGHT, PANTAS SOFTWARE METERAI MOU PROJEK ESG TRANSFORMATIF

30/04/2024 09:03 PM

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) dan Pantas Software Sdn Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk memulakan projek tadbir urus alam sekitar, sosial dan korporat (ESG) yang transformatif.

Perkongsian strategik ini bermatlamat untuk merintis Perkhidmatan Perisian Pengurusan dan Perakaunan Bukti Konsep (POC) Karbon ke arah era baharu amalan kemampanan korporat mulai 1 Mei 2024.

MIGHT berkata, projek itu akan dimulakan dengan fasa POC selama enam bulan, yang akan meningkatkan pemahaman, kesedaran dan komitmen terhadap perakaunan karbon dengan melaksanakan penyelesaian perisian yang kukuh untuk memantau dan melaporkan pelepasan gas rumah hijau dengan tepat.

Dalam kenyataan hari ini, kumpulan pemikir teknologi itu berkata kerjasama ini akan memanfaatkan teknologi inovatif untuk menganalisis data emisi, menentukan kawasan untuk penambahbaikan dan mewujudkan matlamat pengurangan pelepasan.

“Kerjasama POC ini melambangkan pencapaian penting dalam menyepadukan prinsip ESG dalam strategi tadbir urus korporat.

"Usaha ini akan mengupaya organisasi untuk menangani cabaran dunia yang berkembang pesat di samping menggalakkan amalan perniagaan mampan," katanya.

Menurut MIGHT, inisiatif itu akan memberikan pekerja dengan pendedahan bernilai dan pengalaman langsung dalam menyesuaikan diri dengan arah aliran dan inovasi yang berlaku berkenaan pelepasan untuk pelaporan dan pengurusan kemampanan.

"Kerjasama yang diwujudkan melalui projek POC ini menggariskan dedikasi teguh MIGHT untuk mendorong masa depan yang lebih mampan dan memacu perubahan positif dalam ekosistemnya," katanya.

-- BERNAMA 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan