EKONOMI

PM ANWAR TUBUH JAWATANKUASA PENASIHAT DASAR KEPADA PERDANA MENTERI - PMO

22/04/2024 01:32 PM

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) --  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri untuk memberi khidmat nasihat terkait soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi sejajar dengan Ekonomi MADANI.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan hari ini berkata, jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Hassan Marican dan turut dianggotai oleh Datuk Ahmad Fuad Md Ali, Profesor Dr Yeah Kim Leng dan Dr Nungsari Ahmad Radhi.

Penubuhan jawatankuasa itu adalah susulan berakhirnya tempoh Jawatankuasa Penasihat Kepada Menteri Kewangan (ACFIN) pada Februari 2024 yang dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Hassan Marican.

“Cadangan yang dikemukakan oleh ACFIN telah mendapat pertimbangan sewajarnya dan sebahagian daripadanya kini dalam proses pelaksanaan,” katanya.

PMO berkata, jawatankuasa yang dilantik itu tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan