| BERITA TERGEMPAR | LUBNAN RUGI SEHINGGA US$160 JUTA SEHARI AKIBAT KONFLIK - PERSATUAN EKONOMI | |
MELAKA, 29 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Melaka memberi bayangan akan membariskan calon yang seimbang antara muka lama dan baharu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.
Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata ia bagi memberi peluang kepada generasi baharu untuk belajar selok-belok pentadbiran kerana mereka bakal mewarisinya pada masa hadapan.
“Zaman saya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri ini, saya membawa lebih 86 peratus muka baharu (semasa PRN Melaka lepas).
“Kami kena adillah pada generasi masa depan. Kami kena membina bersama-sama negeri ini supaya ia menjadi warisan kepada kepimpinan pada masa depan,” katanya selepas menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Kompleks Seri Negeri di sini hari ini.
Penggal kelima DUN Melaka dijadualkan tamat pada Disember ini, sekali gus bakal membuka laluan kepada PRN pada tahun ini.
Ab Rauf ketika mengulas mengenai sasaran PAS untuk bertanding di 16 daripada 28 kerusi DUN pada PRN Melaka kali ini berkata ia adalah hak parti berkenaan.
“(PRN Melaka) ini pentas terbuka. UMNO (dan BN) akan kekal bertanding di kerusi yang telah kami menang sebelum ini,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial