JENAYAH & MAHKAMAH

PEKERJA KILANG BELACAN DIDAKWA BUNUH LELAKI

18/04/2024 12:06 PM

TELUK INTAN, 18 April (Bernama) -- Seorang pekerja kilang belacan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki, awal bulan ini.

D. Tanabalan, 42, hanya mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan, kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Lelaki itu didakwa membunuh S. Sundaraj, 32, di tepi jalan Taman Dato' Nazri Langkap di sini pada kira-kira pukul 6.30 petang hingga 8 malam, pada 5 April.

Tanabalan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun atau maksimum 40 tahun dan jika tidak dikenakan hukuman mati hendaklah dikenakan tidak kurang daripada 12 sebatan jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Izzudin Fakri Hamdan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret T. Ashvinii, menetapkan 15 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan