AM

Kanak-kanak Solat Subuh Berjemaah Di Masjid Di Perlis Terima Rm3 Seorang

30/01/2024 11:11 PM

KANGAR, 30 Jan (Bernama) -- Kanak-kanak yang menunaikan solat subuh secara berjemaah di masjid di Perlis akan menerima RM3 seorang menerusi Program 'Rezeki Subuh’ yang dilaksanakan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), bermula 1 Feb ini. 

MAIPs dalam satu kenyataan memaklumkan program selama 40 hari itu bertujuan menggalakkan kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun untuk hadir menunaikan solat subuh secara berjemaah di 101 masjid di seluruh negeri.

"Pihak MAIPs memperuntukkan sumbangan berjumlah RM334,000 untuk pelaksanaan sumbangan RM3 bagi setiap kanak-kanak yang hadir menunaikan solat subuh berjemaah dalam tempoh berkenaan," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan keputusan untuk pelaksanaan program itu diperoleh dalam Persidangan MAIPs Bilangan Pertama Bagi Tahun 2024 yang diadakan pada 23 Jan lepas di Bilik Senat Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Kampus Alam Pauh Putra, Arau.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang DiPertua MAIPs berkenan melancarkan Program 'Rezeki Subuh' itu di akhir persidangan itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan