JENAYAH & MAHKAMAH

Reman Dua Lelaki Disyaki Bunuh OKU Disambung Enam Hari

15/05/2026 04:01 PM

KOTA BHARU, 15 Mei (Bernama) -- Tempoh reman dua lelaki disyaki terlibat dalam kes bunuh seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) di Ladang Merdeka Cherbu, Padang Lati, Bachok, disambung enam hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Bachok Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata perintah reman itu dikeluarkan Majistret Fakhrul Razzi Abd Hamid di Mahkamah Majistret Kota Bharu selepas reman asal enam hari tamat hari ini. 

“Siasatan terhadap dua suspek berusia 25 tahun itu masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Pendakwa Raya pada minggu depan untuk arahan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 15 April, OKU pembelajaran Muhammad Zakir Fikry Mohd Zainal, 20, maut dipercayai akibat dipukul.  

Mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia pada 12.55 pagi ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. 

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan