AM

EAIC TANAM 150 SPESIES POKOK DI PD FOREST, TINGKAT KESEDARAN ALAM SEKITAR

11/12/2023 07:36 PM

SEREMBAN, 11 Dis (Bernama) -- Bagi memupuk kesedaran, akauntabiliti dan integriti terhadap penghijauan alam sekitar, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengambil inisiatif menanam 150 spesies pokok di Denai Warisan Hutan, PD Forest, Sungai Menyala dekat sini dua hari lepas.

Pengarah Operasinya Mohd Asnawi Abu Hanipah berkata program E.R.A.T (Encouraging Responsibility, Accountability, Trustworthiness) EAIC Alam Sekitar dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Perhutanan (Perhutanan) Negeri Sembilan itu juga antara lain bertujuan menerapkan usaha ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem.

“Matlamat kami adalah untuk mendidik dan mempromosikan kepentingan alam semula jadi di samping menyediakan habitat semula jadi untuk flora dan fauna kita,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata selain memenuhi tuntutan tanggungjawab sosial korporat, program tersebut adalah komitmen EAIC terhadap Program Penghijauan Malaysia sejajar dengan matlamat Kempen Penanaman 100 juta pokok 2021-2025 melalui Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Program E.R.A.T Alam Sekitar itu disertai 145 warga kerja EAIC bersama-sama pegawai dan petugas agensi penguatkuasaan seliaan JAS serta Perhutanan Negeri Sembilan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan