BERITA TERGEMPAR   Thailand's Constitutional Court Tuesday suspended PM Paetongtarn pending deliberation of a leaked phone call case | 
 POLITIK

Bekas Adun Bersatu Sertai Amanah

04/09/2023 12:26 AM

JOHOR BAHRU, 3 Sept (Bernama) -- Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, Datuk Mohd Izhar Ahmad, yang keluar daripada Bersatu tahun lalu, mengumumkan menyertai parti Amanah, malam ini.

Borang keahlian diserahkan kepada Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu pada program ceramah Mega Perpaduan MADANI di Taman Rekreasi Taman Uda Utama di sini yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohd Izhar,  yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor, membuat keputusan keluar daripada Bersatu tahun lalu selepas hilang kepercayaan terhadap Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Malam semalam, bekas ADUN PAS Bukit Pasir ,Najib Lep turut turut berbuat perkara yang sama dan mengumumkan penyertaan beliau dalam parti Amanah dalam satu program ceramah di Sungai Abong, Muar.

Jumaat lalu, Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan, dalam kenyataan memaklumkan, dua bekas pemimpin utama PAS dan Bersatu bersama lebih 200 ahli dua parti itu akan menyertai parti Amanah dalam program yang berasingan.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan