AM

Mr D.i.y Giat Pulihara Alam Sekitar Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia

29/07/2023 03:24 PM

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Kumpulan MR D.I.Y. Group Berhad (MR D.I.Y. ) meraikan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia dengan cara lebih mengujakan iaitu menggerakkan sukarelawannya MR D.I.Y. Cares menerusi penganjuran program penanaman anak pokok bakau dan pemuliharaan Tapir.

MR D.I.Y dalam kenyataannya hari ini memaklumkan menyedari kepentingan paya bakau sebagai pelindung ekosistem pantai, 31 sukarelawan MR D.I.Y. Cares telah berganding bahu dengan komuniti Changkat Keruing dan sukarelawan Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) bagi misi pemuliharaan alam sekitar di sepanjang Taman Tebingan Sungai Bakau Changkat Keruing, Perak.

“Bersama-sama dua organisasi itu kami telah menanam 1,000 anak pokok bakau bagi memelihara hutan paya bakau tersebut,” menurut kenyataan itu.

Dalam program berasingan, inisiatif Hari Alam Sekitar Sedunia diteruskan di Kuala Kubu Bharu, Selangor, dengan 15 sukarelawan MR D.I.Y. Cares melawat Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Sungai Dusun untuk pemuliharaan tapir.

Menurut kenyataan itu sukarelawan berkenaan membantu mengubah wajah pusat tersebut dengan melukis mural tapir dan landskap untuk tarikan pengunjung, selain menanam bunga dan menyumbang keperluan bagi membantu pusat itu.

Sementara itu, jurucakap MR D.I.Y. berkata aktiviti ini merupakan usaha berterusan ke arah memelihara tempat tarikan pengunjung di Malaysia dan memastikan kelestarian alam semula jadi.

“Kami amat percaya syarikat atau pertubuhan tempatan perlu memainkan peranan aktif dalam mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan amalan lestari supaya kita dapat bersama-sama menyampaikan nilai dan memberi impak positif kepada rakyat serta negara kita dengan cara lebih bermakna. Pada masa sama, menggalakkan orang ramai untuk turut serta,” menurut jurucakap itu.

Selain itu, peruncit itu turut mengadakan bengkel “Melangkah dengan Bergaya” di MR D.I.Y PLUS sempena Hari Alam Sekitar Sedunia, dan menawarkan kanak-kanak dengan dewasa peluang untuk menjadi kreatif dengan mengitar semula kasut sekolah putih, beg tote kanvas dan cermin.

Bersama Soroptimist International Damansara (SID), MR D.I.Y juga mengundang 15 kanak-kanak daripada Rumah Aman Children's Home menyertai aktiviti itu. 

MR D.I.Y. mempunyai rekod prestasi yang berterusan dalam menyokong dan menggalakkan inisiatif alam sekitar, antaranya menaik taraf kawasan rekreasi Sg Kedondong pada 2021 dan membersihkan kawasan tepi sungai Melaka bersama Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka pada 2022.

Pada tahun sama, ia juga menyertai Yayasan Telekom Malaysia dan Yayasan Sukarelawan Siswa dalam Projek Penanaman Pokok Gutta Percha terbesar di Malaysia, membabitkan lebih 1,000 pokok ditanam di Taman Botani Putrajaya dalam tempoh 24 jam. 

Pada 2021, MR D.I.Y diterima masuk ke Indeks FTSE4Good Index 2021, mencerminkan usaha peruncit perkakas rumah itu untuk terus memberi impak positif kepada komuniti setempat dan telah menerima anugerah ESG daripada The Edge hasil daripada usaha kelestarian peruncit itu.

-- BERNAMA

 

Penafian: Ini adalah artikel advertorial berbayar. BERNAMA tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel tersebut.


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan