AM

139 Ekor Haiwan Korban Aidiladha Di Labuan

28/06/2023 11:57 AM

LABUAN, 28 Jun (Bernama) -- Jumlah penyembelihan haiwan untuk korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha minggu ini diluluskan 139 ekor berbanding 134 tahun lepas.

Menurut data Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Labuan ia meliputi masing-masing 118 ekor lembu dan 21 ekor kambing.

Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Labuan Dr Larry David berkata Sittha Farm Bukit Kuda merekodkan bilangan haiwan korban tertinggi dengan 60 ekor lembu dan 20 ekor kambing.

Namun katanya, jumlah berkenan jauh lebih kecil berbanding unjuran permintaan yang meningkat untuk umat Islam Wilayah Persekutuan ini.

“Angka direkodkan itu melibatkan satu rumah sembelihan milik DVS, di Jalan Patau-Patau dan masjid serta surau,” katanya kepada Bernama hari ini.

Peserta ibadah korban tahun ini sama seperti tahun-tahun sebelum ini, kebanyakannya lebih memilih rumah sembelihan diuruskan DVS sendiri untuk sambutan Aidiladha.

Katanya pemeriksaan tahap kesihatan akan dibuat ke atas haiwan korban bagi memastikan tiada jangkitan.

Dr Larry berkata jumlah haiwan korban akan bertambah sedikit pada lewat petang ini berkemungkinan akan ada permohonan permit sembelihan di saat-saat akhir.

“Pihak jabatan tidak membenarkan haiwan korban disembelih tanpa permit dan pihak penguat kuasa akan menjalankan pemeriksaan di kampung-kampung, surau dan masjid pada esok hari untuk memastikan pihak yang terlibat dalam korban haiwan memiliki permit,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan