JENAYAH & MAHKAMAH

BOT PENYELAMAT TERDAMPAR DI PANTAI TROMBOL DIPERCAYAI MILIK KAPAL KARGO CHINA

06/01/2023 12:09 PM

KUCHING, 6 Jan (Bernama) -- Sebuah bot penyelamat yang terdampar di Pantai Trombol di sini, sejak 4 Jan lalu dipercayai milik kapal kargo dari China.

Pengarah Maritim Sarawak Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata bot tersebut berkemungkinan milik kapal kargo MV Lider Express yang dilaporkan mengalami masalah teknikal semasa belayar di perairan Natuna, Indonesia.

Katanya pihak Maritim juga masih menunggu pengesahan mengenai perkara tersebut daripada pihak terlibat.

“Usaha memindahkan bot penyelamat tersebut telah dilakukan pihak Maritim dan Polis pada petang semalam namun terpaksa ditangguhkan akibat cuaca kurang baik serta laut bergelora dan akan diteruskan hari ini.

“Bot tersebut akan dipindahkan ke kawasan berdekatan di Telaga Air, Kuching untuk siasatan lanjut oleh pihak Maritim dan polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

 -- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan