GEORGE TOWN, 3 Okt (Bernama) -- Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang akan adakan rundingan mengenai pembahagian kerusi untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Rabu ini, kata Pengerusi PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow.
Beliau berkata pembahagian kerusi di peringkat negeri pada Rabu ini melibatkan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) PH di Pulau Pinang.
“Mengenai calon, ia tertakluk kepada beberapa perkara termasuk penentuan bilangan kerusi yang boleh bertanding, senarai calon-calon muka baharu dan penyandang kerusi berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sementara itu, mengenai pendirian kerajaan Pulau Pinang untuk tidak membubarkan DUN sekiranya Dewan Rakyat dibubarkan, Chow berkata perkara itu perlu dirujuk kepada pusat untuk keputusan muktamad.
“Walaupun beberapa negeri sudah menyuarakan hasrat tidak akan adakan Pilihan Raya Negeri serentak (dengan Parlimen), sekiranya ia diadakan tahun ini lebih-lebih lagi pada musim tengkujuh, kami (kerajaan Pulau Pinang) perlu merujuk kepada pusat untuk keputusan muktamad,” katannya.
Pada 20 Sept, Chow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan Pulau Pinang mungkin tidak akan membubarkan DUN untuk menyertai PRU15 serentak peringkat Persekutuan, jika ia diadakan semasa musim tengkujuh.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial