BERITA COVID–19   Penyelidik Taiwan temui kaedah rawat pembekuan darah pesakit COVID-19 | Pemilik premis dibenar tentukan pemakaian pelitup muka | Kementerian Kesihatan pertimbang beli vaksin COVID-19 lawan varian Omicron - Khairy | Kes baharu COVID-19 turun 16.9 peratus minggu lepas - Dr Noor Hisham | Jepun akan mudahkan¬†prosedur kuarantin COVID-19 di lapangan terbang | 
AM

Jenazah Bob Lokman selamat dikebumikan

23/09/2022 11:35 PM

KOTA BHARU, 23 Sept (Bernama) -- Jenazah penulis lirik, pelakon dan pelawak, Bob Lokman atau Mohd Hakim Lokman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Bunut, Kubang Kerian di sini, 9.30 malam ini.

Terdahulu jenazah dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian untuk dimandi dan dikafankan sementara solat jenazah disempurnakan di Masjid Kampung Pulau Hilir, Kubang Kerian.

Lebih 100 keluarga, kenalan dan rakan artis yang hadir termasuklah Datuk M Nasir dan Datin Marlia Musa. 

Sementara itu, M Nasir berkata beberapa bulan sebelum itu beliau sempat menziarahi Bob yang masih lagi sihat.

Menurutnya, mereka bertemu buat kali pertama pada 1980-an sebelum Bob bersama kumpulan Wings sebagai pengurus dan menganggap hubungan antara mereka berdua bagaikan adik-beradik.

Mengulas lanjut M Nasir berkata beberapa tahun kemudian, mereka bertemu semula dan Bob masih bersama kumpulan Wings dan sejak itu hubungannya terus rapat.

"Bob mempunyai pendirian dan setiap lirik dan seni kata mempunyai keunikan kerana dia berfikiran tersendiri dan kebanyakan lagu ciptaannya juga menjadi siulan ramai," katanya.

Bagi Marlia, beliau mengakui Bob adalah telangkai yang memperkenalkan beliau hingga mendirikan rumah tangga dengan M Nasir.

“Saya kenal dengan Bob sebelum saya berkahwin sudah menganggapnya sebagai abang kami dan pernah menziarahi beliau semasa sakit.

Saya kagum melihat beliau melawan sakit. Kali terakhir kami berjumpa, Bob masih lagi ceria dan sempat membuat lawak,” katanya.

Bob Lokman, 58, meninggal dunia di kediamannya di Kubang Kerian  di sini kira-kira 3 petang tadi  dipercayai akibat komplikasi jantung.

-- BERNAMA

 

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan