AM

Malaysia, Maldives setuju saling iktiraf lesen memandu domestik

12/08/2022 07:43 PM

PUTRAJAYA, 12 Ogos (Bernama) -- Malaysia dan Maldives akan saling mengiktiraf lesen memandu domestik yang dikeluarkan kedua-dua negara berkuat kuasa 12 Sept ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Dalam hantaran di Facebooknya, Wee berkata ini merupakan Perjanjian Saling Mengiktiraf (MRA) bilateral pertama yang Malaysia tandatangani dengan negara asing. 

MRA itu ditandatangani Wee dan Menteri Pengangkutan dan Penerbangan Awam Maldives Aishath Nahula di Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.

“Menerusi MRA ini, rakyat kedua-dua negara boleh terus menggunakan lesen memandu domestik masing-masing dan memandu kenderaan bermotor dibenarkan dalam wilayah masing-masing tanpa perlu melalui proses mendapatkan lesen memandu tempatan atau membuat sebarang perubahan kepada lesen sedia ada mereka,” katanya.

Wee berkata MRA ini akan memudah cara pergerakan rakyat kedua-dua negara yang akan menyumbang kepada pembangunan sektor sosial dan ekonomi Malaysia dan Maldives.

“Kami sedia untuk mengadakan lebih banyak kerjasama dalam pengangkutan dengan Maldives,” kata Wee.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan