AM

ADUN AJIL BERDEPAN DETIK CEMAS LORI DIHANYUT ARUS DERAS KETIKA MISI BANTUAN BANJIR

27/02/2022 08:14 PM

HULU TERENGGANU, 27 Feb  -- Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil Maliaman Kassim hari ini  berdepan detik cemas apabila lori yang dinaiki ketika misi bantuan dihanyutkan arus deras berhampiran Sungai Kampung Lebak dekat sini.

Insiden pada 2.15 petang itu meyebabkan semua bahan makanan seperti beras dan sardin serta pakaian untuk mangsa banjir di sekitar Hulu Berang tidak dapat diselamatkan.

"Saya bersama dengan 13 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu ingin menghantar barangan keperluan kepada mangsa banjir namun nasib tidak menyebelahi kami kerana lori yang dinaiki dibawa arus deras. 

"Ini adalah pengalaman yang sangat mendebarkan bagi saya, kami menunggu hampir 15 minit untuk diselamatkan menggunakan bot APM," katanya ketika dihubungi Bernama.

Justeru, beliau memohon maaf kerana tidak dapat menghantar barangan yang telah disediakan kepada mangsa banjir dan akan berusaha menyegerakan bantuan kepada mereka secepat mungkin.

Terdahulu, sekumpulan wartawan dan jurugambar termasuk daripada Bernama sepatutnya menaiki lori sama yang bertolak dari Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu di sini namun ia dibatalkan pada saat akhir.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan