BERITA TERGEMPAR   Thailand's Constitutional Court Tuesday suspended PM Paetongtarn pending deliberation of a leaked phone call case | 
 DUNIA

Utusan Libya ke PBB letak jawatan sebulan sebelum pilihan raya penting

24/11/2021 01:44 PM

NEW YORK, 24 Nov -- Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Libya, Jan Kubis, mengemukakan peletakan jawatannya sebulan sebelum pilihan raya diadakan di negara yang dilanda perang itu, menurut jurucakap PBB yang mengesahkan hal itu pada Selasa.

"Saya boleh memberitahu anda bahawa Kubis telah mengemukakan peletakan jawatannya dan setiausaha agung menerimanya dengan berat hati," lapor Xinhua memetik jurucakap Setiausaha Agung PBB Stephane Dujarric.

"Setiausaha Agung sedang mengusahakan pengganti yang sesuai. Kami semua maklum mengenai pilihan raya itu dan sedang berusaha secepat mungkin untuk memastikan kesinambungan dalam peranan beliau itu," kata Dujarric pada taklimat harian media.

Kubis tidak meninggalkan jawatannya serta-merta dan dijangka memberi taklimat kepada Majlis Keselamatan mengenai situasi di Libya pada Rabu, kata jurucakap itu, yang enggan menyatakan tempoh berakhirnya perkhidmatan Kubis.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan