AM

Gagal hadir kes fitnah terhadap Sultanah Terengganu: Polis kesan Rewcastle Brown

05/11/2021 10:05 PM

KUALA LUMPUR, 5 Nov -- Polis Diraja Malaysia sedang mengesan seorang wanita warganegara United Kingdom iaitu Clare Brown @ Clare Rewcastle Brown kerana gagal menghadirkan diri untuk dituduh berkaitan kes fitnah terhadap Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata Mahkamah Majistret Kuala Terengganu telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Editor Sarawak Report itu pada 23 Sept lepas.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai penama ini diminta menghubungi Ketua Unit Siasatan Jenayah Terkelas Superintenden Junainah M. Kasbolah di talian 019-7051 222 atau pegawai penyiasat kes ASP Mohd Khairul Ridzuan Khiruddin di talian 017-6404 440,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan