KULIM, 24 Jun (Bernama) -- Seorang lelaki berusia lingkungan 40-an cedera pada kepala selepas bas yang dipandunya terbabas dalam kejadian di Jalan Lebuh Kulim Techno City (KTC) dekat sini pada 7.35 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kulim Superintenden Syamsul Sinring berkata bas yang membawa 32 penuntut dari sebuah kolej itu dikatakan dalam perjalanan dari Taman KTC 1 menghala ke Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP).
“Dalam kejadian itu, bas dipandu lelaki berkenaan dipercayai terbabas sendiri sebelum memasuki laluan bertentangan.
“Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kulim manakala kesemua penumpang tidak mengalami kecederaan dan telah dihantar pulang ke kolej,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Beliau berkata siasatan lanjut berhubung insiden itu masih dijalankan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial