EKONOMI

Malaysia raih tiga pengiktirafan melalui Anugerah Inovasi Asia Tenggara dan Selatan

22/09/2021 05:44 PM

KUALA LUMPUR, 22 Sept -- Malaysia telah menerima tiga pengiktirafan melalui Anugerah Inovasi Asia Tenggara dan Selatan baru-baru ini oleh Clarivate Plc, peneraju global dalam penyaluran maklumat serta pandangan yang dipercayai untuk mempercepatkan langkah inovasi.

Clarivate dalam satu kenyataan menjelaskan Malaysia merangkul tiga anugerah dalam tiga kategori berbeza iaitu institusi akademik melalui Universiti Putra Malaysia, organisasi penyelidikan kerajaan yang dirangkul oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia dan syarikat melalui Top Glove Corporation Bhd.

Keseluruhan 27 pemenang daripada 276 organisasi diumumkan di Forum Inovasi untuk wilayah tersebut pada 21 September.

"Anugerah ini berdasarkan analisis jumlah paten, jumlah kutipan, kejayaan paten dan tahap globalisasi dalam penggunaan paten, dengan menggunakan data daripada Derwent World Patents Index™ (DWPI) serta Derwent Patent Citations Index™ (DPCI).

"Kriteria yang digunakan untuk memilih inovator terbaik dari Asia Selatan dan Asia Tenggara sama dengan kriteria yang digunakan oleh Top 100 Global Innovators™ tahunan yang mengenal pasti organisasi yang mencerminkan keunggulan dalam landskap inovasi global," kata Clarivate.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan