EKONOMI

MDEC: MTM21 perkasa perniagaan untuk menerima pendigitalan dan 4IR

05/08/2021 08:24 PM

KUALA LUMPUR, 5 Ogos -- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memulakan Minggu Kedua Bulan Teknologi Malaysia 2021 (MTM21) mulai 9 hingga 13 Ogos ini, yang akan memberi tumpuan ke arah memacu ekosistem perniagaan menerima pakai pendigitalan dengan menggunakan peralatan Revolusi Industri Keempat (4IR).

MDEC dalam satu kenyataan memberitahu acara itu akan memanfaatkan aspek digital terpenting seperti keselamatan siber, analisis data dan kecerdasan buatan (AI) termasuk komponen teras yang menjadikan Malaysia sebagai 'Jantung Ekosistem Digital’.

“Sepanjang Minggu Kedua, penonton dan peserta akan dapat menyertai sejumlah webinar, panel, sesi perbincangan termasuk bicara interaktif antara wakil persatuan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) selain daripada perbincangan mengenai keselamatan siber," katanya.

Acara ini turut menampilkan perbincangan mengenai masa depan e-dagang, transformasi peruncitan tempatan dan antarabangsa, serta teknologi yang telah membantu masyarakat kurang upaya dalam menggunakan pakai e-dagang, kata MDEC.

Diadakan dari 29 Julai hingga 30 Ogos 2021, MTM21 adalah kurasi maya acara digital dan teknologi yang bertujuan mempromosikan pelaburan dalam ekonomi digital.

"Acara selama sebulan itu akan menampilkan ucaptama digital dan teknologi, bengkel, panel perbincangan serta sesi pemadanan perniagaan menampilkan lebih daripada 300 penceramah dan pelabur industri tempatan serta antarabangsa.

"Isi acara akan diluncurkan merentasi empat minggu bertema, merangkumi tonggak Kemahiran Baharu, Penerimaan, Pengganggu dan Pelaburan (NADI) MDEC,” kata perbadanan itu.

--BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan