BERITA TERGEMPAR   Malaysia hopes ASEAN-Canada Free Trade Agreement negotiations can be concluded soonest possible for mutual benefit - PM Anwar | 
 AM

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah dilantik Yang Dipertua MUIS

16/07/2021 05:26 PM

KOTA KINABALU, 16 Julai -- Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin dilantik sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), manakala pendakwah bebas Malai Ali Malai Ahmad pula dilantik Timbalan YDP MUIS hari ini.

Watikah pelantikan Yahya, 71, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Petagas dan Malai Ali, 57, yang merupakan bekas pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), disampaikan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di sini hari ini.

Jabatan Ketua Menteri Sabah menerusi kenyataan memaklumkan Yahya menggantikan Datuk Dr Hasbullah Mohd Taha manakala Malai Ali menggantikan Datuk Matussin Awang Damit.

Menurut kenyataan itu, Hajiji turut menyampaikan watikah pelantikan Timbalan Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah kepada Ag Syairin Ag Bakar, 60, yang merupakan bekas pegawai kanan MUIS dan JHEAINS, menggantikan Abdul Rahman Md Yacob.

 Yahya menjawat Timbalan Ketua Menteri bermula Mac 2004 hingga Mei 2018 di bawah pentadbiran Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan