EKONOMI

Unit NutryFarm meterai kerjasama dengan EBuy, kembangkan perniagaan durian di Singapura

11/05/2021 03:13 PM

SINGAPURA, 11 Mei  -- Anak syarikat milik penuh NutryFarm International Ltd, Global Agricapital Holdings Pte Ltd hari ini memeterai perjanjian persefahaman (MoU) bersama EBuy Pte Ltd untuk meluaskan aktiviti perniagaan duriannya di Singapura.

Menerusi MoU itu, EBuy akan mengimport dan mengedar durian pra bungkus dari Malaysia dan Thailand ke Singapura bagi pihak Global Agricapital serta daripada para pengedar Global Agricapital, menurut NutryFarm dalam maklumannya kepada Bursa Singapura.

Global Agricapital akan memastikan bekalan, kualiti dan keaslian durian pra bungkus daripada para pembekal adalah berterusan, kata NutryFarm, yang tersenarai di Papan Utama.

Pihak yang terlibat dijangka memulakan penghantaran pertamanya pada 1 Jun, 2021, katanya.

Ditubuhkan sebagai syarikat e-dagang di Singapura sejak 2013, EBuy merupakan pengedar utama barangan segar di Singapura, termasuk sayur-sayuran dan buah-buahan segar kepada penyedia perkhidmatan makanan, peruncitan, restoran-restoran dan hotel-hotel.

EBuy mempunyai 13 gudang peti sejuk di tiga lokasi dengan 16 buah trak.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan