SHAH ALAM, 27 Okt -- Mayat seorang lelaki warga asing disyaki mangsa bunuh ditemukan dalam longkang di Jalan Bestari 2A/KU 7, Sungai Kapar, Klang pada Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata, mayat lelaki yang dipercayai berumur lingkungan 50an itu ditemui oleh orang awam dalam keadaan tidak sempurna, kira-kira pukul 1.19 tengah hari.
Beliau berkata pemeriksaan mendapati mangsa berketinggian kira-kira 170 sentimeter dan berjambang sehingga ke bahagian dada, namun tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersamanya.
“Pakaian mangsa semasa mayatnya dijumpai adalah jenis kurta berwarna ungu dan berseluar pendek putih hingga paras lutut. Polis percaya mayat berkenaan telah dibuang di lokasi itu dalam tempoh seminggu lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Difahamkan, keadaan mayat mangsa yang tidak sempurna itu menyebabkan jenis kecederaannya sukar dikenal pasti.
Tambah Nurulhuda, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai sebarang maklumat mengenai kes berkenaan diminta tampil ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara untuk membantu siasatan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial