Selasa, 27 Oktober 2020
16/10/2020 06:47 PM

KUALA LUMPUR, 16 Okt -- Seramai 2,688 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan keluarga mereka sedang menjalani kuarantin 14 hari susulan penularan pandemik COVID-19.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Ramli Din berkata daripada jumlah itu, tujuh pegawai kanan, 72 anggota, tiga pegawai awam dan 31 ahli keluarga disahkan positif COVID-19. 

"Mereka yang sedang menjalani kuarantin 14 hari ini membabitkan 354 pegawai kanan, 1,926 anggota, 73 penjawat awam dan 335 ahli keluarga di seluruh negara. Bagaimanapun, perkara ini tidak menjejaskan gerak kerja dalam pasukan," katanya kepada Bernama.

Beliau yang mengikuti nasihat Kementerian Kesihatan turut menjalani kuarantin kendiri di rumah bermula semalam.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan