KUALA LUMPUR, 23 Sept -- Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) menjalin kerjasama dengan Persatuan Robotik dan Automasi Malaysia (MyRAS) untuk mendidik dan mentransformasikan industri pembuatan dan pengeluaran menjadi kukuh melalui penggunaan dan penggabungan proses teknologi robotik dan automasi.
Ketua Pengarah MPC Datuk Abdul Latif Abu Seman berkata kedua-dua pihak telah memainkan peranan yang aktif dalam memacu industri ke arah Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0) terutamanya dalam kalangan pengeluar.
Beliau berkata antara kemungkinan cara untuk mempercepatkan pelaksanaan IR4.0 di Malaysia ialah dengan mempunyai petunjuk untuk memahami keupayaan dan jurang industri, yang akan membolehkan mereka merangka strategi dan pelan yang boleh dilaksanakan untuk pengembangan pada masa depan.
“Seperti yang kita semua tahu, kita telah melaksanakan IR4.0 apabila kita melihat transformasi dengan penggunaan teknologi maju seperti kecerdasan buatan (AI), analisis data raya, pembuatan aditif, sistem integrasi, robot autonomi dan Internet of Things (IoT).
“Ia mempunyai kunci untuk mengakses keputusan masa nyata dan data yang akan meningkatkan industri kepada tahap pencapaian baharu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Abdul Latif berkata MPC menggalakkan lebih banyak syarikat dalam sektor pembuatan atau perkhidmatan berkaitan pembuatan untuk terlibat dalam Penilaian Kesediaan Industri 4WD (RA), sambil menambah agensi itu akan menghantar penilai yang berkelayakan untuk menjalankan penilaian di tapak dan mengeluarkan laporan mengenai status Industri 4.0 mereka, selepas mereka membuat cadangan untuk penambahbaikan.
Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang layak tidak perlu membuat pembayaran berikutan ia dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM210 juta bagi tempoh 2019 hingga 2021 untuk menyokong peralihan kepada IR4.0.
“MPC melalui Sembilan Nexus Produktiviti di bawah Pelan Tindakan Produktiviti Malaysia (MPB) terus menjalankan Penilaian Kesediaan untuk membantu sehingga 500 PKS beralih kepada teknologi IR4.0,” katanya.
Industri digalakkan untuk mengambil bahagian dalam Penilaian Kesediaan Industri 4WD (RA), melalui https://www.miti.gov.my/index.php/forms/form/90.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial