KUALA LUMPUR, 19 Mac -- Celcom Axiata Bhd sedang memperluaskan sokongan untuk semua pelanggan melalui perkhidmatan dalam talian digital dan tambahan inisiatif bantuan khas semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu.
Mulai hari ini sehingga 31 Mac, pembekal perkhidmatan telekomunikasi mudah alih itu menawarkan akses tanpa had secara percuma kepada aplikasi sembang WhatsApp, panggilan suara dan video untuk semua pelanggan pascabayar dan prabayar Celcom Xpax antara 8 pagi hingga 6 petang pada setiap hari.
Ia juga menawarkan akses tanpa had secara percuma ke atas aplikasi Microsoft Office 365 untuk semua pelanggan pascabayar dan Celcom Xpax.
"Semua pelanggan pascabayar Celcom akan mendapat lanjutan tempoh bayaran selama tujuh hari membabitkan pembayaran bil dari tarikh semasa mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pelanggan Celcom Xpax akan menikmati pulangan tunai 10 peratus apabila mereka membeli tambah nilai Celcom Xpax sebanyak RM10 dan melalui App Life Celcom, sehingga 30 Jun 2020.
Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Idham Nawawi berkata keprihatinan terhadap keselamatan dan kesejahteraan pengguna serta pekerja, kekal menjadi keutamaan syarikat dan Celcom komited untuk menyokong rakyat Malaysia dengan memastikan mereka boleh terus berhubung.
"Memandangkan ramai pelanggan kami yang bekerja dari rumah atau menghadkan pergerakan mereka, kami telah menyediakan rangkaian kami untuk memenuhi permintaan yang meningkat dan perubahan tingkah laku penggunaan," katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial