AM

USIM AGIH ZAKAT RM2 JUTA KEPADA PENUNTUT, KAKITANGAN ASNAF

17/12/2019 05:35 PM

SEREMBAN, 17 Dis -- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengagihkan sebanyak RM2 juta bantuan zakat kepada penuntut dan kakitangannya yang berstatus asnaf.

Pengarah Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM, Dr Mushaddad Hasbullah berkata sejumlah RM2,013,915 diagihkan kepada 2,046 penuntut dan 52 kakitangan asnaf yang dikategorikan sebagai fakir miskin manakala sebanyak RM262,900 pula diagihkan melalui dana fisabilillah melibatkan program bersifat ilmu, dakwah dan kebajikan.

Menurutnya, PWZ USIM merupakan ejen zakat yang dilantik Majlis Agama Islam Negeri Sembilan melalui Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan membolehkan PWZ memperoleh tiga perlapan agihan semula untuk diagihkan kepada golongan asnaf USIM.

“Selain itu, hasil kerjasama PWZ dan beberapa institusi korporat juga, PWZ menerima agihan semula zakat korporat daripada beberapa institusi korporat dan telah berjaya mengurangkan beban yuran pengajian kepada sebilangan besar pelajar asnaf,” katanya katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam masa sama katanya, PWZ turut menjalankan program tanggungjawab sosial di luar USIM seperti Program Sumbangan Petrol Percuma kepada motosikal berkapasiti 150cc ke bawah dengan kerjasama Petronas Bandar Baru Nilai.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan