DUNIA

Polis tahan 80 orang semasa rusuhan ganas di seluruh Greece

07/12/2019 05:00 PM

ATHENS, 7 Dis -- Seramai 77 orang ditahan di beberapa bandar di Greece pada Jumaat semasa rusuhan ganas dan perarakan bagi memperingati insiden seorang pelajar lelaki berusia 15 ditembak mati oleh seorang anggota polis pada 2008, lapor agensi berita Rusia Sputnik memetik kenyataan polis.

Alexandros Grigoropoulos terbunuh di daerah Exarcheia di pusat bandar Athens pada 6 Dis 2008.

Kematiannya mencetuskan tunjuk perasaan, rusuhan dan serangan membakar yang berlanjutan selama dua minggu di seluruh negara.

Greece turut menyaksikan beberapa perhimpunan susulan pembunuhannya setiap tahun sejak tragedi itu berlaku.

Menurut polis, beberapa kumpulan belia dan anarki melempar bom petrol serta objek lain ke arah anggota polis.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan