TUNIS, 10 Okt -- Parti Ennahda memenangi pilihan raya parlimen Tunisia yang diadakan pada hujung minggu lalu, lapor agensi berita Anadolu memetik Suruhanjaya Pilihan Raya Tinggi negara itu.
Berdasarkan keputusan rasmi dalam pilihan raya yang menyaksikan 127 kerusi dipertandingkan, parti berkenaan berjaya memenangi 52 kerusi.
Parti The Heart menduduki tempat kedua 38 kerusi diikuti parti Demokratik Semasa dengan 22 kerusi, parti Gerakan Rakyat (16 kerusi) dan parti Long Live (14).
Selebihnya, 75 lagi kerusi dimenangi beberapa lagi parti yang bertanding.
Pilihan raya parlimen kedua negara itu diadakan pada 6 Oktober berikutan revolusi Tunisia pada 2011.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial