KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Pembinaan Menara Warisan Merdeka Permodalan Nasional Bhd (PNB) adalah mengikut jadual untuk disiapkan menjelang awal 2021.
Pembangunan tiga fasa termasuk menara Merdeka PNB118 yang ikonik, setinggi 630 meter akan menjadi bangunan tertinggi di Asia Tenggara selepas siap.
Ia akan menempatkan kumpulan syarikat PNB, gedung membeli-belah, pangsapuri dan kondominium, serta sebagai sebuah bangunan komersial.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata pembinaan Menara PNB118 setinggi 118 tingkat itu sudah mencecah tingkat yang ke-61.
"Kami menjangka 78 peratus daripada bangunan ini siap menjelang akhir tahun. Kos masih dalam lingkungan bajet dan turun naik ringgit, tidak menjejaskan kami kerana kami telah mengunci kos dengan kontraktor sehingga berharga tetap," katanya kepada pemberita.
Beliau ketika mengulas mengenai bangunan pejabat PNB sedia ada berkata PNB tidak mempunyai apa apa pelan ke atas bangunan berusia 40 tahun itu kerana ia memerlukan kerja-kerja pengubahsuaian.
"Selepas berpindah, kami akan memikirkan apa yang boleh dibuat ke atas bangunan lama itu, khususnya bagi menjana pendapatan," katanya.
Sebagai sebahagian daripada pemacu tanggungjawab sosial korporat pada bulan Ramadan, PNB menganjurkan majlis berbuka puasa untuk lebih 150 kanak-kanak dari empat rumah anak yatim empat di Selangor.
Mereka terdiri daripada Pertubuhan Kebajikan Ukhuwah Anak Yatim Islam dan Miskin Daerah Sabak Bernam, Sungai Besar; Pertubuhan Anak Yatim Miskin Daerah Kuala Langat, Banting; Rumah Siti Kadijah Anak-Anak Yatim Puteri, Klang; dan Persatuan Jagaan Pertubuhan Pengurusan Agama Anak-Anak Yatim Sekendi, Sabak Bernam.
Pada majlis itu juga, PNB menyampaikan "duit raya" sebanyak RM100 seorang kepada kanak-kanak berkenaan, bersama-sama dengan keperluan asas, terdiri daripada sebuah beg galas dan tuala, selain sumbangan kewangan berjumlah RM10,000 kepada setiap rumah anak yatim.
"Kami berharap sumbangan ini akan membawa kegembiraan bagi kemudahan kanak-kanak dan membantu meringankan beban kewangan mereka serta memastikan kebajikan mereka, Selain menyampaikan keperluan untuk keempat-empat rumah itu.
"Kami juga telah menasihatkan kanak-kanak terbabit supaya sentiasa tabah dalam mencapai kecemerlangan pelajaran mereka dan berusaha untuk melakukan yang terbaik walaupun disebalik kesusahan mereka," kata Abdul Rahman.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial