AM

Pencemaran bahan kimia: pelajar, guru SMK Seksyen 19 adakan solat hajat

15/03/2019 03:10 PM

SHAH ALAM, 15 Mac (Bernama) -- Seramai 374 pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 19 di sini menyertai majlis bacaan Yasin dan solat hajat bagi mendoakan keselamatan mangsa kes pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang, Johor.

Majlis itu diadakan di surau sekolah berkenaan pagi tadi dan solat hajat diimamkan oleh imam Masjid Al-Ubudiyah Seksyen 19, Abd Rashid Omar.

Penolong Kanan SMK Seksyen 19, Tuan Saripah Tuan Jaafar berkata, majlis berkenaan diadakan sebagai satu daripada usaha memohon keselamatan untuk rakyat dan murid di Pasir Gudang yang terlibat. 

"Memang sekolah ini setiap hari Jumaat kami adakan bacaan Yasin, tetapi hari ini kami buat solat hajat sekali kerana kami tidak dapat hadir ke sana dan kami berharap dengan cara ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka," katanya kepada pemberita.

Kejadian pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim yang berlarutan sejak 7 Mac lalu telah menyebabkan lebih 3,000 orang awam dan pelajar sekolah menerima rawatan sementara 111 sekolah di Pasir Gudang ditutup serta-merta.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan