Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, peningkatan hari ketiga berturut-turut seiring dengan bursa saham utama Asia yang lain.
Pasaran serantau ditutup lebih tinggi berikutan keyakinan terhadap data terkini pasaran buruh Amerika Syarikat dijangka mendorong Rizab Persekutuan AS menurunkankan kadar faedah minggu depan.
Pasaran serantau ditutup lebih tinggi berikutan keyakinan terhadap data terkini pasaran buruh Amerika Syarikat dijangka mendorong Rizab Persekutuan AS menurunkankan kadar faedah minggu depan.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.94 mata kepada 1,590.75 daripada 1,586.81 semasa ditutup semalam.
Indeks itu dibuka 1.23 mata lebih tinggi kepada 1,588.04 dan bergerak antara 1,585.21 hingga 1,590.80 sepanjang dagangan.
Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 518 berbanding 487, manakala 506 kaunter tidak berubah, 1,082 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung dagangan.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 2.66 bilion unit bernilai RM2.29 bilion daripada 3.01 bilion unit bernilai RM2.61 bilion semalam.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks penanda aras berjaya kekal berada di atas paras sokongan utama dan terus menunjukkan daya tahan selepas mencatatkan kenaikan pada Ogos.
"Ini menunjukkan minat belian masih wujud walaupun kadarnya telah perlahan sedikit. Paras untuk dipantau adalah paras rintangan 1,600 di mana penutupan di atas paras ini dengan volum yang lebih kukuh akan mengesahkan momentum peningkatan baharu dan dijangka bergerak antara 1,620–1,650," katanya kepada Bernama.
Beliau menjangkakan FBM KLCI akan berada dalam julat 1,570-1,600 untuk baki minggu ini.
Sementara itu, ketika berita ini ditulis, Hang Seng Hong Kong meningkat 1.01 peratus kepada 26,200.26, Indeks Strait Times Singapura meningkat 1.23 peratus kepada 4,350.62, Kospi Korea Selatan menambah 1.67 peratus kepada 3,314.53 dan Nikkei Jepun melonjak 72.5 peratus kepada 43,837.67.
Antara saham wajaran tinggi, Maybank turun tujuh sen kepada RM9.97, Public Bank menambah satu sen kepada RM4.30, CIMB meningkat lima sen kepada RM7.21, Tenaga Nasional menokok lapan sen kepada RM13.18, IHH Healthcare naik 16 sen better at RM7.10 and Press Metal was up nine sen to RM5.62.
Bagi saham aktif, VS Industry berkurangan 10 sen kepada 54 sen, Classita menambah satu sen kepada 9.5 sen, Pharmaniaga naik 0.5 sen kepada 22 sen, Zetrix AI melonjak satu kepada 86.5 sen, Tanco menambah 1.5 sen kepada 80 sen and 99 Speedmart turun tiga sen kepada RM2.49.
Kaunter paling untung didahului Riverview, naik 20 sen kepada RM3.00, LPI Capital meningkat 18 sen kepada RM14.46 dan Ranhill Utilities meningkat 13 sen kepada RM1.90, manakala kaunter paling rugi iaitu Nestle dan Malaysian Pacific Industries susut 60 sen dan 30 sen masing-masing kepada RM95.50 dan RM27.70.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 13.61 mata kepada 11,786.45, Indeks FBMT 100 meningkat 13.98 mata kepada 11,551.46, Indeks FBM Emas Syariah menambah 23.86 mata kepada 11,769.92, Indeks FBM 70 merosot 45.03 mata kepada 16,423.33 dan Indeks FBM ACE meningkat 7.26 mata kepada 4,728.10.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 35.17 mata kepada 18,092.15, Indeks Produk Perindustrian dam Perkhidmatan merosot 1.15 mata kepada 164.08, Indeks Perladangan naik 13.35 mata kepada 7,682.13 dan Indeks Tenaga menyusut 0.33 mata kepada 740.06.
Jumlah dagangan Pasaran Utama rendah kepada 1.46 bilion unit bernilai RM2.04 bilion daripada 1.49 bilion unit bernilai RM2.29 bilion pada Selasa.
Jumlah dagangan waran menyusut kepada 945.49 juta unit bernilai RM151.63 juta daripada 1.20 bilion unit bernilai RM1.99 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran ACE susut kepada 257.12 juta unit bernilai RM102.18 juta daripada 317.83 juta unit bernilai RM123.19 juta semalam.
Kaunter produk pengguna dan produk menyumbang 288.93 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (331.55 juta), pembinaan (109.01 juta), teknologi (141.3 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (78.47 juta), hartanah (137.03 juta), perladangan (29.61 juta), REIT (25.82 juta), dana tertutup (24,400), tenaga (93.46 juta), penjagaan kesihatan (102.61 juta), telekomunikasi dan media (60.17 juta), pengangkutan dan logistik (21.49 juta), utiliti (35.94 juta), dan amanah perniagaan (59,800).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial