IPOH, 31 Julai (Bernama) -- Sebanyak 1,213 kes demam denggi dengan satu kematian direkodkan di Perak setakat 26 Julai lepas, menurut Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak.
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional negeri, A Sivanesan berkata jumlah itu menunjukkan penurunan ketara berbanding 5,058 kes dan sembilan kematian dalam tempoh sama tahun lalu.
"Seorang lelaki tempatan berusia 68 tahun disahkan meninggal dunia akibat demam denggi pada 23 Jun lalu di Kawasan Perindustrian Tasek, daerah Kinta," katanya pada sidang media selepas majlis prapelancaran Sistem Pengurusan Digital Berasaskan Awan (CCMS) di Klinik Kesihatan Buntong di sini hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Sivanesan memaklumkan sebanyak 16 Klinik Kesihatan di negeri ini dikenal pasti bagi pelaksanaan CCMS tahun ini.
Antara klinik terlibat ialah Klinik Kesihatan Buntong, Jelapang dan Greentown di daerah Kinta; serta Klinik Kesihatan Simpang dan Taiping di daerah Larut, Matang dan Selama.
Sivanesan berkata pembekalan peralatan infrastruktur teknologi maklumat (ICT) bagi menyokong operasi operasi sistem CCMS sudah diagihkan sepenuhnya kepada semua 16 klinik berkenaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial