KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Cuaca panas pada tahap satu atau berjaga-jaga dikenal pasti di tiga kawasan di Semenanjung serta sembilan lokasi di Sarawak, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, MetMalaysia memaklumkan ia membabitkan Kampar di Perak serta Maran dan Rompin di Pahang.
Di Sarawak pula melibatkan Marudi, Mukah, Sibu, Kanowit, Sarikei, Sri Aman, Lundu, Bau dan Kuching.
Tahap berjaga-jaga adalah suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Orang ramai boleh merujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial