AM

Banjir Sabah: Jumlah Mangsa Di PPS Berkurangan

14/09/2025 06:40 PM

KOTA KINABALU, 14 Sept (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah berkurangan kepada 396 orang daripada 124 keluarga petang ini, berbanding 400 orang daripada 125 keluarga pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan, setakat 4 petang sebanyak 242 orang daripada 73 keluarga dipindahkan di Penampang manakala di Beaufort melibatkan 154 orang daripada 51 keluarga.

“Di Penampang, mangsa ditempatkan di tiga PPS iaitu Kompleks Sukan Penampang (31 orang, lima keluarga), Dewan Huguan Siau (147 orang, 49 keluarga) dan Sekolah Kebangsaan St Paul Kolopis (64 orang, 19 keluarga),” menurut JPBN Sabah dalam kenyataan hari ini.

Semua mangsa di Beaufort berlindung di Pusat Pemindahan Kekal Selagon.

“Sebanyak 22 kampung terjejas akibat banjir iaitu 14 kampung di Penampang dan lapan di Beaufort,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan