AM

Fadhlina Mahu Siasatan Kes Buli Murid Di Johor Disegerakan

18/08/2025 10:39 AM

JOHOR BAHRU, 18 Ogos (Bernama) -- Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mahu siasatan kes buli melibatkan seorang murid di Johor disegerakan dengan tindakan sewajarnya dapat diambil.

Fadhlina berkata beliau mengambil serius kejadian berkenaan dan menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap salah laku buli di semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

“Ia mesti dikendalikan dengan adil dan telus berdasar kepada garis panduan yang telah ditetapkan," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Semalam, ibu kepada seorang murid lelaki berusia 10 tahun mendakwa anaknya yang menghidap kanser hidung, kini menderita akibat gegaran otak selepas menjadi mangsa buli di sebuah sekolah agama Februari lepas.

Wanita itu turut kesal dengan mendakwa pelaku berusia 12 tahun tidak dikenakan tindakan sewajarnya kerana masih di bawah umur. 

Sementara itu, Fadhlina berkata pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah menziarahi murid berkenaan yang sedang mendapatkan rawatan di hospital. 

"Saya doakan semoga anak ini diberi kesembuhan segera," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan