KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemergian Mufti Besar Arab Saudi Sheikh Abdulaziz Abdullah Al-Sheikh sebagai kehilangan besar seorang ulama yang banyak berjasa kepada dunia Islam dan umat keseluruhannya.
Menerusi catatan di Facebook, Anwar berkata bagi pihak rakyat Malaysia, beliau merakamkan simpati dan ucapan takziah kepada seluruh warga Arab Saudi serta umat Islam di seluruh dunia yang turut merasai kehilangan besar itu.
"Kita kehilangan seorang ulama besar yang cakna dengan ilmu dan hikmah yang telah banyak berjasa kepada dunia Islam dan umat keseluruhannya.
"Moga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan menempatkannya bersama para anbiya' dan solihin. Al-Fatihah," katanya dalam hantaran itu.
Semalam, Agensi Berita Arab Saudi melaporkan Mahkamah Diraja mengumumkan bahawa Sheikh Abdulaziz yang menyandang jawatan itu sejak 1999 meninggal dunia.
Sheikh Abdulaziz, 82, dianggap antara ulama terkemuka yang banyak menyumbang dalam bidang ilmu serta memberi khidmat besar kepada Islam dan umatnya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial