JENAYAH & MAHKAMAH

Wanita Warga Emas Rugi Lebih Setengah Juta Diperdaya Pelaburan Dalam Talian

14/08/2025 09:20 PM

TANGKAK, 14 Ogos (Bernama) -- Seorang wanita warga emas kerugian RM695,375 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan pelaburan saham secara dalam talian awal bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Roslan Mohd Talib berkata wanita berusia 60 tahun itu telah melayari laman Facebook dan berminat untuk menyertai pelaburan berkenaan. 

Beliau berkata mangsa kemudiannya telah berhubung dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp dan diarahkan untuk menekan satu pautan bagi memuat turun aplikasi pelaburan dinamakan “DESG”.

"Mangsa yang tertarik dengan tawaran 100 peratus keuntungan itu telah melakukan 16 transaksi ke empat akaun keldai bermula 2 Julai hingga Selasa lepas berjumlah RM695,375.

"Bagaimanapun, dia menyedari telah ditipu dan bertindak membuat laporan polis hari ini, " katanya dalam kenyataan hari ini. 

Roslan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. 

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan