AM

Kerugian Akibat Penipuan Dalam Talian Cecah RM1.12 Bilion Setakat Jun

14/08/2025 12:13 PM

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kerugian kewangan akibat jenayah penipuan dalam talian mencecah RM1.12 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

Menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen, untuk mengekang jenayah itu, Pusat Respon Penipuan Kebangsaan (NSRC) yang beroperasi sejak 12 Okt 2022 diperkukuh sebagai pusat sehenti dan beroperasi 24 jam sejak 1 Julai lepas.

Ini bagi membolehkan mangsa membuat laporan secara terus melalui talian 997 tanpa perlu hadir ke balai polis.

“Setelah hampir tiga tahun beroperasi secara pentadbiran, Perdana Menteri sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) bersetuju supaya NSRC diletakkan di bawah kawal selia KDN dan diterajui oleh PDRM,” menurut jawapan itu.

Ia bagi menjawab soalan R. Yuneswaran (PH-Segamat) yang ingin tahu jumlah kerugian kewangan dialami rakyat Malaysia akibat penipuan dalam talian hingga Julai lepas.

KDN menyebut langkah lain bagi mengekang jenayah penipuan termasuk mengadakan kerjasama antarabangsa, meminta Kanun Keseksaan bagi menangani kes jenayah siber serta inisiatif portal Semakmule 2.0 untuk membantu masyarakat menyemak status akaun bank, nombor telefon dan syarikat yang mungkin terbabit dengan penipuan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan