AM

Jumlah Mangsa Banjir Di Kedah Semakin Berkurangan

08/10/2025 08:57 AM

ALOR SETAR, 8 Okt (Bernama) -- Situasi banjir di Kedah semakin pulih dengan hanya 133 orang daripada 38 keluarga masih ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pagi ini.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata mereka ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar di sini, yang dibuka sejak Ahad lepas.

“Mangsa melibatkan penduduk Kampung Alor Raja, Makam Diraja, Limbong, Alor Setol, Pondok Haji Ahmad, Pokok Asam, Tanjung Inggeris, Alor Besar, Pagar Air dan Pondok Syeikh di Mukim Langgar/Limbong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata paras air di Sungai Pendang, Pendang mencatatkan bacaan 2.65 meter (m) melebihi paras amaran 2.5m manakala Sungai Janing, Padang Terap mencatat bacaan 26.19m melebihi paras amaran 26m.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan