AM

Sebuah PPS Dibuka Di Pontian Tempatkan 107 Penduduk Susulan Banjir Kilat

04/10/2025 12:34 PM

JOHOR BAHRU, 4 Okt (Bernama) --  Sejumlah 107 penduduk daripada 33 keluarga di daerah Pontian ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS), susulan banjir kilat awal pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata PPS Sekolah Kebangsaan Melayu Raya itu, mula dibuka pada 6 pagi.

Beliau berkata kawasan yang terjejas ialah Kampung Melayu Raya, Kampung Paya Embun, Kampung Pak Kalib, Kampung Seri Menanti dan Kampung Maju Jaya.

“Berdasarkan laporan awal, hujan lebat berterusan dan penurunan air dari Gunung Pulai, mengakibatkan beberapa rumah dinaiki air,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, beliau yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri berkata cuaca di kawasan yang terjejas setakat ini, cerah.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan