DUNIA

Gempa Bumi Landa Ardestan, Gegaran Dirasai Hingga Ke Tehran

03/10/2025 01:40 PM

KASHAN (Iran), 3 Okt (Bernama-IRNA) -- Gempa bumi bermagnitud 5.3 menggegarkan bandar Zavareh, Ardestan di utara Wilayah Isfahan, Iran, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Pusat Seismologi Institut Geofizik Universiti Tehran mengumumkan gempa bumi itu berlaku pada 5.03 pagi Jumaat dengan kedalaman 10 kilometer di bawah permukaan bumi.

Gempa bumi itu turut dirasai di bandar Tehran dan Qom.

Gabenor Ardestan, Mohsen Heydari memberitahu IRNA pada pagi Jumaat bahawa setakat ini, gempa bumi itu tidak menyebabkan sebarang korban jiwa atau kerosakan.

Gempa bumi itu berlaku 63 kilometer dari Zavareh dan 77 kilometer dari Ardestan.

Daerah Ardestan, yang mempunyai lebih 43,000 penduduk, terletak 118 kilometer di utara Isfahan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan