KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Southern Power Generation Sdn Bhd (SPG), unit Tenaga Nasional Bhd (TNB) berjaya dalam semakan kehakiman terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi mengetepikan taksiran cukai tambahan RM78.49 juta bagi tahun-tahun taksiran 2017 hingga 2021.
Dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia hari ini, TNB berkata Mahkamah Tinggi bersetuju dengan hujahan peguam SPG bahawa LHDN tidak mempunyai asas perundangan untuk mengeluarkan notis terbabit.
Ini merujuk kepada notis-notis taksiran bagi 2017 hingga 2021 yang kesemuanya bertarikh 26 Mei 2023 dan berjumlah RM78.49 juta.
TNB berkata ia juga telah membuat pengumuman berkaitan bagi tempoh Jun 2023 dan September 2025.
SPG merupakan pengendali dua loji janakuasa gas turbin kitaran dengan kapasiti 720 megawatt di Johor dan 70 peratus kepentingannya dimiliki oleh TNB Power Generation Sdn Bhd.
Pada akhir dagangan hari ini, saham TNB meningkat 36 sen kepada RM13.46.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial