AM

110,000 Akaun Pengguna SADA Alami Gangguan Bekalan Air

01/10/2025 03:13 PM

ALOR SETAR, 1 Okt (Bernama) -- Kira-kira 110,000 akaun pengguna Syarikat Air Darul Aman (SADA) akan mengalami gangguan bekalan air berikutan pengurangan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Pelubang disebabkan oleh kerja-kerja pengalihan kabel pada laluan bawah tanah sepanjang 250 meter.

SADA memaklumkan gangguan yang dijangka berlaku pada 6 Okt bermula 10 malam hingga 11.30 malam 7 Okt itu melibatkan beberapa kawasan di Kota Setar, Pendang, Kubang Pasu, Ayer Hitam dan Pokok Sena.

“Senarai penuh kawasan terjejas boleh diperoleh menerusi laman sosial Facebook SADA," menurut SADA dalam kenyataan hari ini.

SADA turut memohon maaf atas kesulitan yang akan dihadapi pengguna.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan