Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin, menjejaki harga minyak kacang soya yang melemah.
Peniaga minyak sawit David Ng berkata sentimen ditekan oleh penyusutan harga, melalui jangkaan saham MSM yang lebih rendah pada minggu-minggu akan datang membantu mengehadkan kerugian.
“Kami melihat harga komoditi itu pada paras sokongan melebihi RM4,350 dengan paras rintangan pada RM4,450,” katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan, kontrak semerta bulan Oktober 2025 merosot RM2 kepada RM4,319 setan, November berkurang RM12 kepada RM4,355 dan Disember susut RM11 kepada RM4,385.
Kontrak Januari 2026 turun RM10 kepada RM4,410 setan, manakala Februari berkurang RM4 kepada RM4,416 dan Mac susut RM8 kepada RM4,400.
Jumlah dagangan menyusut kepada 52,120 lot daripada 72,074 pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 254,348 kontrak daripada 250,893.
Harga MSM fizikal bagi Oktober Selatan merosot RM10 kepada RM4,350 setan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial