JENAYAH & MAHKAMAH

Murid Jatuh Lubang Pembentungan: Tindakan Tegas Jika Tidak Patuh SOP - Fadhlina

27/09/2025 08:50 PM

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat ketidakpatuhan prosedur operasi standard sehingga menyebabkan seorang murid tahun tiga maut akibat terjatuh ke dalam lubang pembentungan di sebuah sekolah di Lenggeng, Nilai, pagi tadi.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pihaknya sedang menyiasat kejadian itu dan tiada sebarang kompromi terhadap aspek melibatkan keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga institusi pendidikan. 

Beliau berkata semua pentadbir sekolah, pejabat pendidikan daerah dan pejabat pendidikan negeri perlu bertanggungjawab memastikan fasiliti di institusi pendidikan berada dalam keadaan selamat.

"Kejadian itu sangat mendukacitakan dan sekolah perlu menjadi ruang paling selamat untuk anak-anak," katanya menerusi hantaran di Facebook. 

Abdul Fattah Khairol Rizal, 9, dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh ke lubang pembetung di kawasan sebuah sekolah, pagi tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira 11 pagi tadi.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan