JENAYAH & MAHKAMAH

Pekerja Lemas Ditemukan Terapung Di Sungai Perak Dekat Teluk Intan

24/09/2025 12:32 AM

IPOH, 23 Sept (Bernama) -- Seorang lelaki ditemukan lemas dalam keadaan terapung di Sungai Perak berhampiran sebuah kapal sedut pasir, kira-kira 800 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh di bengkel membaiki kapal di Batu 8, Jalan Maharajalela, Teluk Intan, kira-kira 88 kilometer dari sini, malam ini.

Mangsa, Neoh Jun Jie, 24, yang bekerja sebagai pengikat tayar di kapal kargo, dipercayai terjatuh ketika melakukan kerja pemasangan tayar di sisi kapal yang sedang dibaiki, kira-kira 10 meter dari tebing sungai.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah  berkata pihaknya menerima maklumat daripada nelayan mengenai penemuan mayat mangsa pada pukul 9.18 malam.

"Mangsa berjaya dibawa ke tebing tempat selamat pada 9.58 malam dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi dikawal pada 9.50 malam dan tamat sepenuhnya pada 10.40 malam," katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 4.20 petang semalam dan operasi mencari serta menyelamat (SAR) dimulakan pada 4.41 petang.

“Bagaimanapun, operasi SAR terpaksa ditangguhkan pada pukul 7.15 malam semalam sebelum bersambung semula pada 8 pagi tadi. Antara langkah yang dilaksanakan termasuk selaman oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA), penggunaan konsep LAST serta pencarian di permukaan air,” katanya.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan