DUNIA

PM Thailand Anutin Bakal Bentang Dasar Kerajaan Minggu Depan

23/09/2025 09:32 PM

BANGKOK, 23 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri baharu Thailand, Anutin Charnvirakul dijadual menyampaikan kenyataan dasar kerajaannya di Parlimen minggu depan, menandakan permulaan rasmi pentadbirannya.

Bercakap di ibu pejabat Parti Bhumjaithai, Anutin berkata beliau sedang menyelaras dengan Speaker Dewan Perwakilan mengenai tarikh pembentangan kenyataan dasar berkenaan yang dijangka sama ada pada 29 atau 30 Sept ini.

“Lebih cepat, lebih baik, kerana hari pertama bertugas secara rasmi bermula dari hari kenyataan dasar itu selesai dibentangkan, supaya kerajaan dapat mula melaksanakan tugas sepenuhnya,” katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Beliau menambah bahawa upacara mengangkat sumpah jawatan bagi menteri Kabinet baharu dijangka berlangsung esok.

Jumaat lepas, Raja Thailand Raja Maha Vajiralongkorn memperkenankan pembentukan Kabinet baharu di bawah pimpinan Anutin.

Menurut Warta Diraja, baginda melantik 36 anggota Kabinet yang dipilih Anutin, termasuk enam timbalan perdana menteri serta beberapa menteri lain, susulan perkenan baginda terhadap pelantikan beliau sebagai perdana menteri baharu awal bulan ini.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan