AM

Orang Ramai Dijemput Meriahkan Mini Karnival MOT 2025 Pada 28-29 Sept Ini

23/09/2025 01:43 PM

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan Mini Karnival MOT 2025: Hari Bertemu Pelanggan dan Karnival Kerjaya pada 28 hingga 29 Sept ini di Terminal Bersepadu Gombak (TBG), Selangor.

Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan melalui media sosial hari ini bahawa karnival dua hari itu akan berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 6 petang dengan pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung. Antara aktiviti termasuk pembukaan beberapa kaunter perkhidmatan daripada jabatan di bawah MOT dan agensi lain.

Kaunter perkhidmatan yang disediakan antaranya menawarkan pertukaran topi keledar oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pembayaran saman oleh Polis Diraja Malaysia, serta pameran kerjaya dan peluang pekerjaan, pameran digital dan aplikasi perkhidmatan, selain pameran interaktif daripada jabatan dan agensi.

Selain itu, karnival ini turut menampilkan jualan Rahmah, cabutan bertuah, serta pertandingan sukan dan permainan dalam talian seperti Roblox, Nintendo Switch, dan Indoor Treasure Hunt.

“Jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman penuh ilmu, kerjaya, hiburan, dan hadiah istimewa!” menurut MOT.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan