KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Input perbincangan mengenai daya saing Kuala Lumpur sebagai pusat kewangan antarabangsa dan hab perniagaan global bersama pemain industri antarabangsa yang telah diadakan, akan dipertimbangkan dalam Belanjawan 2026, kata Kementerian Kewangan (MOF).
Menerusi hantaran di laman X, kementerian itu berkata sesi perbincangan itu dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan) Datuk Dr Shahrazat Ahmad.
Perbincangan berkenaan disertai pelbagai pemain industri antarabangsa seperti Debit Circle, HSBC, Huawei, Intrinsic SEA, Prudential Assurance, SEEK Asia, TNG Digital dan Wahed Technologies Sdn Bhd.
“Sesi perbincangan yang dianjurkan dengan kerjasama TRX City Sdn Bhd, bertujuan mendapatkan input dan pandangan sektor kewangan dan fintech (teknologi kewangan) antarabangsa (serta) ke arah usaha memperkukuh terutama daya saing negara,” katanya.
MOF berkata lokasi Kuala Lumpur sebagai pusat kewangan antarabangsa dan hab perniagaan global akan bertumpu di kawasan Tun Razak Exchange (TRX).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial